Detik Pemergian mu

Ya Rasulullah

04 December 2009

Gaya Hidup Sihat

0 ulasan
* Untuk tetap sihat, tubuh memerlukan nutrien, vitamin dan mineral yang secukupnya. Kebanyakkannya boleh diperolehi dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Walau bagaimanapun jangan batasi pemakanan kamu hanya pada buah dan sayuran sahaja. Sebaliknya protein dan karbohidrat juga penting untuk tubuh.

* Minum Air kosong lebih. Tubuh memerlukan air untuk membuang racun dan zat-zat berbahaya yang ada di dalam tubuh. Selain dari itu juga membantu sistem dalaman tubuh untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan air dalam  akan membuatkan tubuh menjadi lesu dan kering. Air dianggap sebagai agen pembersih yang paling baik untuk tubuh.

* Olahraga yang teratur akan membuatkan tubuh sentiasa bergerak dan sihat. Selain meningkatkan metabolisme tubuh, olahraga yang teratur akan membuatkan tubuh cergas dan lebih yakin untuk memulakan hari baru.

* Tidur lebih baik! Kurang tidur akan mengakibatkan metabolisme tubuh menjadi lambat.


SEBELUM TIDUR
* Berus gigi dan berkumur
 -Menurut jurnal American Dental Association, jika kamu tidur sebelum memberus gigi dan berkumur dengan mouth wash, keesokan paginya mulut kamu akan dipenuhi dengan 400-800 jenis bakteria.

*Matikan Tv
 -Cahaya dari skrin Tv atau laptop mengeluarkan sinar biru yang boleh membuatkan kita sukar tidur.

*Mandi air suam atau secawan teh
 -Air suam membantu menenangkan fizikal dan mental kita. Jika ia dibiasakan pada setiap malam, otak kita akan diprogramkan untuk berehat dalam masa yang sudah ditentukan.

*Taburkan wangian aromaterapi
 -Pilih haruman lavender atau vanila yang menenangkan. Tidur kita akan semakin nyenyak.

*Hindari mengunyah
 -Makanan seperti kacang dan buah-buahan yang mengandungi gas seperti durian boleh membuatkan perut kita menjadi kembung dan tidak selesa untuk berbaring.

Kelebihan Tomato

0 ulasan
Tahukah kamu tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya. Warna merahnya itu berasal dari sebatian semulajadi yang mempunyai antioksida. Selain itu, ia turut membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit kanser dan jantung. Hasil kajian mendapati bahawa kandungan 'likopena' begitu tinggi dalam sos dan jus tomato. Proses memasak akan memecahkan dinding sel tomato. Sebaliknya usah gunakan minyak berlebihan ketika memasak bagi mengelakkan zatnya musnah.

Jagung Muda Rawat Luka

0 ulasan
Di kalangan pengubatan tradisional tercatat satu petua untuk mengubati kesan-kesan luka di kulit tubuh penderita yang ditinggalkan akibat penyakit campak. Berdasarkan kajian, ternyata kesan luka di kulit kembali menjadi halus setelah di ubati dengan air pati dari jagung muda. Untuk mendapatkan sari pati jagung muda caranya sama seperti cara mendapatkan air santan kelapa iaitu jagung muda di parut halus dan kemudiannya di perah.

Amalkan Minum air Koko

0 ulasan
Ramai orang menegnali koko sebagai makanan dan minuman yang lazat. Produk-produk koko pula dihasilkan setelah biji-biji koko melalui proses-proses tertentu tanpa di campurkan sebarang barang tambahan. Selain enak minuman koko sebenarnya mengandungi khasiat-khasiat seperti lemak, protein, vitamin B dan mineral. Nilai pemakanan ini akan bertambah sekiranya minuman yang disediakan dicampurkan  dengan susu..

Rahsia Air Kelapa

0 ulasan
Aie kelapa bukan sahaja dapat menghilangkan dahaga pada waktu panas, tetapi nilai gizi dan khasiatnya amat tinggi terutama apabila diproses dengan betul. Ia juga di jadikan minuman kesihatan kerana kaya pottasium(kalium). Kandungan gulanya antara 1.7% hingga 2.6% dan 0.55% protein. Air kelapa turut kaya dengan sumber yang sangat baik bagi tubuh badan. Isi kelapa muda tidak kurang hebatnya. Ia baik untuk kanak-kanak yang menderita kekurangan khasiat makanan (nutritional deficiency).

Jangan Abaikan Makanan Laut

0 ulasan
Iodin adalah zat makanan yang sangat penting kehidupan manusia terasuklah dalam meransangkan proses pembesaran, perkembangan saraf dan pembentukan sel-sel otak terutamanya kanak-kanak. Kekurangan zat iodin dalam badan akan menjejaskan kesihatan terutama sekali kecerdasan otak. Seseorang dewasa hanya memerlukan 150 mikrogram(ug) iodin setiap hari. Jumlah ini sangat sikit seumpama satu kepala pin peniti kecil. Makan makanan yang kaya dengan zat iodin atau menggunakan garam beriodin di dalam masakan boleh memenuhi keperluan zat iodin harian kamu. Apabila kamu kekurangan iodin di dalam badan kamu akan mengalami tanda-tanda seperti bengkak di pangkal leher. Keadaan ini di kenali seperti bengkak atau goiter(begok) yang disebabkan kelenjar tiroid. Cara mengelakkan kekurangan iodin ialah dengan memakan makanan laut seperti sotong, ketam,udang dan ikan.

BILA PADERI BUKA RAHSIA

0 ulasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera...


"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI  KUNTU MINALZHAALIMIIN"
 Hayati kandungannya
 Bismillahirrahmanir rahim.

Artikel ni agak panjang, tapi banyak pengetahuan dan manfaat untuk kita, insya Allah...

Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia
 Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam.

 Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam. Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

 Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

 Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

 Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

 Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

 "Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

 "Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"
 "Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

 Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca "Bismillah.. ." dia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

 -Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

 -Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
 - Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu sehari semalam.

 -Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

 -Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

 -Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas  (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

 -Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

 -Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

 -Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu  Subuh. Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

 -Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

 -Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

 -Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

 -Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

 -Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api  ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

 -Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

 -Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"
Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "
 Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.

 "Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**

BACALAH UNTUK DIAMBIL IKHTIBAR DAN MUHASABAH DIRI

0 ulasan
Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara anak2 & isteri sedang berkum pu l diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah pu tih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya...... . siapa dia..... tiba2 aku merasa dada ku sesak...sukar untuk bernafas.... namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku...... terus erjalan.....

kekerongkongku. . sakittttttttt. .........sakit. rasanya. Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,... Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku........Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku...kkhh. ........ khhhh...... kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit..... Seolah tak mam pu aku menahan benda tadi...Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras....mataku terbelalak.. ... air mataku seolah tak berhenti.Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku.

Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan. Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat,segar, cerah..... tidak seperti biasanya. Aku heran... isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa dia???????..
Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis...mereka menjerit... histeria . terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa dia........... ..????? ??? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia......... dia....... dia mirip dengan aku.... ada apa ini Tuhan...???? ????

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mam pu ..... Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak.... tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku.... Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati... aku telah mati. Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis.... berteriak.
.....Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis........ masaku telah terlewat....  aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja. Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum solat.
Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih biasa membaca E-mail ini sungguh aku amat sangat bahagia. Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.


"Sesungguhnya Allah Tidak Dapat Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu,
Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka"?..
 
footer