Detik Pemergian mu

Ya Rasulullah

04 December 2009

Gaya Hidup Sihat

* Untuk tetap sihat, tubuh memerlukan nutrien, vitamin dan mineral yang secukupnya. Kebanyakkannya boleh diperolehi dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Walau bagaimanapun jangan batasi pemakanan kamu hanya pada buah dan sayuran sahaja. Sebaliknya protein dan karbohidrat juga penting untuk tubuh.

* Minum Air kosong lebih. Tubuh memerlukan air untuk membuang racun dan zat-zat berbahaya yang ada di dalam tubuh. Selain dari itu juga membantu sistem dalaman tubuh untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan air dalam  akan membuatkan tubuh menjadi lesu dan kering. Air dianggap sebagai agen pembersih yang paling baik untuk tubuh.

* Olahraga yang teratur akan membuatkan tubuh sentiasa bergerak dan sihat. Selain meningkatkan metabolisme tubuh, olahraga yang teratur akan membuatkan tubuh cergas dan lebih yakin untuk memulakan hari baru.

* Tidur lebih baik! Kurang tidur akan mengakibatkan metabolisme tubuh menjadi lambat.


SEBELUM TIDUR
* Berus gigi dan berkumur
 -Menurut jurnal American Dental Association, jika kamu tidur sebelum memberus gigi dan berkumur dengan mouth wash, keesokan paginya mulut kamu akan dipenuhi dengan 400-800 jenis bakteria.

*Matikan Tv
 -Cahaya dari skrin Tv atau laptop mengeluarkan sinar biru yang boleh membuatkan kita sukar tidur.

*Mandi air suam atau secawan teh
 -Air suam membantu menenangkan fizikal dan mental kita. Jika ia dibiasakan pada setiap malam, otak kita akan diprogramkan untuk berehat dalam masa yang sudah ditentukan.

*Taburkan wangian aromaterapi
 -Pilih haruman lavender atau vanila yang menenangkan. Tidur kita akan semakin nyenyak.

*Hindari mengunyah
 -Makanan seperti kacang dan buah-buahan yang mengandungi gas seperti durian boleh membuatkan perut kita menjadi kembung dan tidak selesa untuk berbaring.

0 ulasan:

 
footer