Detik Pemergian mu

Ya Rasulullah

25 November 2009

Cara buat Pilihan yg betul

1 ulasan
ISTIKHARAHKU MEMBISIKKAN SESUATU…


Persoalan Lazim Remaja

”Bagaimana kita nak tahu si dia terbaik untuk kita atau tak?”

”Lepas istikharah mesti nampak dalam mimpi ke?”

”Dia kata, dia akan tetap cuba dapatkan saya sebab dia nampak saya dalam mimpi lepas buat istikharah. Macam mana tu? Perlu ke saya terima dia padahal saya tak yakin pun dengannya?”

”Saya takutlah nak buat istikharah. Takut nanti nampak apa yang saya tak kenan.”

Apa Itu Istikharah?

Istikharah merupakan suatu doa dalam membuat sesuatu pilihan samada dilakukan dengan cara berdoa sahaja ataupun sebaik-baiknya solat sunat terlebih dahulu kemudian diikuti dengan doa. Ia dilakukan bukan dalam urusan memilih jodoh semata-mata bahkan dalam apa jua urusan yang melibatkan dilema membuat pilihan.

Contohnya, nak beli kereta VIVA atau Myvi bila dah mula kerja nanti, nak balik kampung atau ikuti program keusahawanan ketika cuti semester depan, nak pilih course Undang-undang Sivil atau Undang-undang Syariah, dan sebagainya. Serahkan kepada Allah dalam membuat pilihan dengan istikharah dan musyawarah (berbincang).

Namun, tiada istikharah dalam menolak perintah Allah atau melakukan larangan-Nya. Contohnya, nak pakai tudung ke tak? Nak pakai jeans ke baju kurung? Nak pergi dating atau study? Dan sebagainya.



Doa Istikharah :

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (pernikahanku dengannya) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (pernikahanku dengannya) mendatangkan keburukan bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

Q & A (Apa itu??)

0 ulasan
Q: Feelin alone?

A: InnAllaha ma ana ( Sesungguhnya Allah bersama-samaku)

Q: Wishin' Something?
A : Man jadda wa jadda ( Siapa berusaha, dia akan berjaya)

Q: Missing Somebody?
A: Ma fi qalbi qhairullah ( Dalam hatiku, cukuplah ada Allah)

Q: Saw evil or do evil?
A: Inni akhaullah ( Sesungguhnya aku takut Allah)


P/S: Persoalan yang selalu bermain di keliling kita dan di minda kita..
Fikirlah.. Terjawab sudah..

cinta

0 ulasan
Sepekara yg menarik utk difikirkan..


Apakah dgn mencintai ALLAH kita dihalang drpd mencintai yg lain??

Cinta Allah tiada batasnya,itulah cinta yg utama.Menyusul kemudiaannya cinta2 yg lahir hasil drpd sama2 mencintai-Nya.Cinta kpd Rasulullah s.a.w adlh terpuji,kerana cinta itu mmg berisikan cinta kpd Allah..

Oleh itu,apa sahaja atau sesiapa sahaja blh menyampaikan kita kpd cinta Allah Begitulah segala sesuatu yg diperintah oleh kecintaan (ALLAH) utk dicintai..

Bezanya Cinta..

Apa beza cinta kpd 'selain drpd Allah' krn Allah dgn yg bkn krn Allah??(baca betul2).. ini satu persoalan penting..Cinta kpd kekasih bkn krn Allah..

jawabnya..cinta krn Allah tidak memerlukan ramuan2 yg bersifat racun(dosa). cinta ini blh terjalin pada sesiapa sahaja-antara sesama sahabat,saudara dan sbgnya..

"ketahuilah,ada cinta yg tidak bersandarkan kpd sesuatu yg bersifat fizikal tapi ia tetap suci dan menyucikan.."
 
footer