Detik Pemergian mu

Ya Rasulullah

19 March 2010

Doa Menghindari Fitnah Dajal

0 ulasan
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab neraka, aku berlindung kepadaMu dari azab neraka jahannam, aku berlindung kepadaMu dari fitnah kehidupan dunia dan kematian dan berlindung kepadaMu dari Al-Masih Dajjal”
Elok d baca selepas tahyat akhir sebelum salam....
selamat beramal....

Bukalah mata hati anda.

0 ulasan

 Tanda-tandanya semakin banyak. Tanda-tanda yang berkaitan dengan Dajjal, pemujaan syaitan dan seumpama dengannya. Kalau kita membuka mata dan mata hati kita, kita akan nampak dan jelas dengan permainan 'mereka' ini. Owh, betapa telah kita semua diperdayakan, dipermain-mainkan sehingga kita mengikut telunjuk 'mereka' ini! Kita bukanlah bodoh, cuma kita masih tak sedar kerana tidak membebaskan minda dan hati kita.
Ini hanyalah sedikit pengembaraan ilmu.

Anda pernah menonton filem Avatar yang diarah oleh James Cameron? Filem tu memang menarik dengan grafiknya, plotnya dan pelakon-pelakon yang mantap. Sekali  menonton filem itu, amatlah sukar untuk mencari mesej yang tersurat di dalam filem itu. Ya, sangat sukar! Ternyata sungguh licik. Mungkin kerana James Cameron merupakan seorang ahli Freemason peringkat 33 (peringkat tertinggi sekali!). Tetapi setelah banyak berfikir dan menonton sebuah video mengenai elemen-elemen pemujaan syaitan di Youtube, saya terjumpa sesuatu. Terkejut juga saya d buatnya. Semuanya ada di hadapan mata kita cuma kita yang tidak sedar.




Perhatikan poster Avatar di atas ini. Adakah anda terperasan sesuatu? Kalau tidak, tidak mengapa. saya  ada satu lagi gambar supaya anda dapat melihat kaitannya antara sesuatu dengan sesuatu yang lainnya.





Anda sudah melihat kaitannya sekarang? Mata satu yang memerhati... The All-Seeing Eye yang juga merupakan simbolik Dajjal! Ini bukan kebetulan ya. Lihatlah semua poster promosi Avatar. Semuanya ada mata satu.





Dalam filem ini, manusia menggunakan sebuah badan gabungan DNA spesies Na'vi dan manusia yang dinamakan sebagai Avatar. Dengan menggunakan Avatar ini, bolehlah manusia itu menyeludup ke dalam perkampungan Na'vi dan mempelajari budaya mereka agar ilmu yang diperoleh boleh digunakan untuk memanipulasikan puak Na'vi demi mendapat unsur ubtonian untuk menjana tenaga di Bumi.

Pendapat saya begini pula. Pihak Zionis ada yang berpura-pura beriman sedangkan pada hakikatnya mereka kufur. Maka orang-orang munafik ini menyeludup masuk ke dalam kehidupan orang-orang Islam dan mempelajari budaya-budaya kita agar boleh memanipulasikan kita untuk mengikuti telunjuk mereka. Tentera Amerika menakluki Tanah Arab kerana tenaga yakni minyak. Adakah anda melihat kaitan antara filem Avatar dan kejadian yang berlaku di alam realiti? Filem-filem seperti Avatar ini sebenarnya adalah metafora terhadap perancangan Illuminati dan Freemason serta pemuja-pemuja syaitan dan dajjal kita.

Anda masih ragu-ragu mengenai konsep pemujaan syaitan di dalam filem Avatar ini? Marilah aku tunjukkan sebuah gambar kepada anda.





Adakah anda nampak sesuatu sepertimana apa yang aku nampak? Atau anda masih tak dapat nampaknya? Lihatlah gambar-gambar yang berikut.





Bukankah logo pentagram (simbol syaitan) dan Freemason (logo ini diterbalikkan agar anda dapat melihat dengan jelas) ini terdapat persamaannya dengan cat badan di dahi dan hidung Na'vi yang berada di sebelah kanan itu? Lihatlah dahi dan hidung Na'vi ini secara dekat.





Terdapat satu lagi gambar untuk tatapan anda.





Menarik, bukan? Adakah semua ini kebetulan? Memang terdapat banyak kebarangkalian tetapi semua penemuan ini seolah-olah menunjukkan bahawa ini bukanlah kebarangkalian tetapi merupakan sesuatu yang telah dirancang.

Setakat inilah penulisan aku untuk hari ini. InsyaAllah apabila saya mendapat lagi inspirasi daripada konpirasi ini,. Moga-moga kita semua selamat daripada fitnah Dajjal ini. Amiin.

Renungkanlah hadith ini.

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

Wallahua'lam bissowab.

09 March 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Untuk renungan kita bersama..

0 ulasan
Kita berjumpa dengan anak-anak ketika kita sudah letih. Kita sudah hilang seri di wajah dan jiwa malah bahasa. Anak-anak juga sudah mengantuk ketika kita sampai di pintu menanggalkan kasut. Bilakah masanya kita menumpahkan akhlak mahmudah kita kepada anak-anak?

Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak adalah pembantu rumah, guru nursery, dan entah siapa lagi. Ibu dan ayah di mana? Jawapannya mudah sahaja, SIBUK BEKERJA.

Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak putus-putus. 

Apa yang paling utama adalah soal jumlah masa yang kita luangkan bersama mereka. Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan mereka?

Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak diswastakan kepada pihak lain. Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis. Anak buat perangai mungkin semata-mata atas dorongannya untuk mencuri perhatian kita.

Ingatlah, dalam suasana kita hari ini, dosa ibu dan bapa terhadap anak-anak, lebih besar berbanding kesalahan mereka kepada kita.

Insaflah wahai ibu dan bapa, jangan mudah melenting, sebelum cukup kasih sayang diberi.

Seandainya kita memohon kotak kosong itu kekal dikosongkan, janganlah heret kita ke suasana yang menjadikan ianya tersepit. Kia ada tanggungjawab kepada isteri/suami dan anak-anak.

Jika kita dalam perjalanan pulang dari KL ke Ipoh, kita singgah di Tapah untuk Solat dan makan. Kemudian kita meneruskan perjalanan ke Ipoh. Tetapi selepas 15 minit memandu, baru kita tersedar yang salah seorang anak kita tiada. Ketika itu kita kelam kabut mencari U-Turn dan mulut tidak henti-henti berdoa agar anak yang tertinggal di belakang, selamat dan tiada mudarat..

Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan untuk berpatah balik menyelamatkan keadaan. Tetapi berapa ramai ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat, kita tertinggal isteri dan anak-anak di belakang. Jika lebuh raya kita boleh berpatah balik. Tetapi jika mereka ditinggalkan dari tarbiah dan didikan Islam, ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang? Apakah ada satu lagi peluang? Jawapannya TIADA.

Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka. 

Sabda Nabi Muhamad SAW betapa tanda Kiamat itu adalah pada ibu yang melahirkan tuannya. Anak durhaka jadi kebiasaan. Mengapa suasana begitu boleh terjadi?

Kesimpulannya, anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja yang tidak menguruskan masa dengan bijak. 

Wallahualam.
 
footer