Detik Pemergian mu

Ya Rasulullah

Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

31 October 2009

PERINGATAN BUAT SAHABAT..

0 ulasan

10 wasiat as-Syahid Imam Hassan al-Banna

1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

27 October 2009

MAJLIS PENUTUP AKTIVITI PUSAT ISLAM SESI JANUARI 2008

0 ulasan









MAJLIS PENUTUP AKTIVITI PUSAT ISLAM SESI JULAI 2007

0 ulasan
v

video diatas adalah sahabat Pusat Islam sesi Julai 2007..nasyid ini diketuai oleh saudara Syakirin iaitu mantan Presiden Pusat Islam sesi Januari 2008..




mantan-mantan:
saudara Ezad,arif, ,Zulraidi,Ayie dan Hamzah.







juga mantan:
bob,Kamal Fitri,Azizan dan Oze..






mantan-mantan muslimin dan Penasihat Pusat Islam,Ustaz Mohd Riffin Bin Mohamad.






mantan muslimah serta Penasihat Pusat Islam dan saudara Zulraidi(Presiden Jan-Jul 2007)


:-mohon maaf sekiranay nama yang dicatat tidak betul..kerana kurang arif mngenai nama penuh mantan-mantan...

30 September 2009

0 ulasan

kenangan bersama mu tetap kami ingat.....


TEMAN


Bukannya senang nak cari teman yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi teman yang baik .
Teman yang baik tidak pernah mengumpat di belakang teman baiknya.
Teman yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan teman baiknya.
Sebaliknya teman yang baiklah yang paling banyak membantu teman baiknya untuk mencapai kejayaan.


Teman yang baik tak pernah mempengaruhi teman baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.


Teman yang baik adalah orang yang selalu menasihati teman baik nya untuk berbuat kebaikan.


Teman yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.


Teman baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada teman biasa.


Teman yang baik tak pernah memaksa teman baiknya untuk sentiasa berada disisinya.


Teman yang baik tak pernah melarang teman baiknya untuk berkawan dengan teman yang baik .


Teman yang baik tak pernah cemburu jika teman baiknya mempunyai ramai teman baik, kerana teman yang baik tahu apa yang paling baik untuk teman baiknya.


Teman yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan teman baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.


Kita adalah teman yang baik jika kita faham bahawa teman baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah teman yang baik jika kita menjadi teman yang baik kepada teman baik kita.


Kita bukanlah teman yang baik jika kita tidak menghargai teman baik kita, kerana teman yang baik akan sentiasa menghargai teman baiknya.


Kita bukanlah teman yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada teman baik kita, kerana teman yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada teman baiknya.


Teman yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada teman-temannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh teman-temannya supaya dapat menjadi teman yang baik kepada teman baiknya.


Dan kalau kita hendak mendapat teman baik yang baik, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang teman yang baik kepada teman baik kita.
Dan semoga kita menjadi teman baik yang baik!
Kita sahabat kan?
Sahabat selama nya biar jauh d mata tp dekat d hati.....
=)
semoga kemntapan perjuangan teman2 tetap d teruskan sekali pun kita jauh beribu batu...
perjuangan tetap perjuangan....
ukhuwah tetap terjalin...


 
footer