Detik Pemergian mu

Ya Rasulullah

11 August 2010

Itulah Kita

0 ulasan



Ada 
orang mengatakan alangkah susahnya menjadi perempuan. Banyak benar
 
kekangan, sedari kecil tidak boleh hidup bebas. Pergerakannya
 
diperhatikan orang tua. Gerak gerinya menjadi bualan. Hinggalah ada juga
yang memberontak jiwanya, ingin keluar dari kepompong sehinggalah
 
dibuang sifat-sifat kewanitaannya untuk menyamai lelaki. Yang jauh dari
 
itu mempersoalkan taqdir yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Lalu
 
ia melanggar naluri dan fitrah seorang wanita.


Wanita perlu pula 
menutup auratnya dengan sempurna. Maklumlah aurat yang rata-rata
 
difahami hanya sekadar menutup rambut sudah memadai katanya sedangkan ia
jauh dari itu. Tutur katanya juga perlulah dijaga agar tidak timbul
 
perasaan jahat di hati lelaki. Hinggalah terbit dari hati "Wahai,
 
sukarnya menjadi seorang wanita"


Rupanya apabila Islam telah 
menyebarkan sinarnya pada zaman Jahiliyyah yang menzalimi wanita dan
 
anak-anak perempuan maka tinggilah martabat kemuliaan wanita.
 
Sehinggalah di dalam al Quran terdapat surah An Nisa' iaitu surah wanita
dan Islam amat menjaga wanita serta ditunjukkan hak-hak yang perlu
 
diberi kepada kaum hawa ini.


Wahai wanita, janganlah hendaknya 
dirimu dibiarkan rosak oleh kaum Adam yang jahat perangainya,
 
dipergunakan untuk mendapatkan keuntungan. Lihat sahajalah di setiap
 
iklan di dalam media massa, bukan barangan yang menjadi tontonan. Tetapi
di sebaliknya wanita yang berada di sisinya, maka larislah barangan
 
disebabkan wanita dipergunakan setiap mahkota yang ada padanya. Alangkah
harubirunya dunia ini apabila pemudinya rosak akhlaknya. Bila tiada
 
kekuatan aqidah dan pendidikan agama, walau seorang profesional
 
sekalipun tidaklah lepas dari jatuh ke lembah kehinaan jika tiada cinta
 
kepada Allah.



 
footer