Detik Pemergian mu

Ya Rasulullah

Showing posts with label Hadith Sahih. Show all posts
Showing posts with label Hadith Sahih. Show all posts

06 July 2010

0 ulasan
Daripada Abi ' Amrah Sufyan bin Abdillah r.a. katanya : Aku bertanya :
"Hai Rasulullah, ajarkanlah kepadaku berkenaan Islam perkataan yang tidak perlu aku bertanya seseorang pun selainmu." Sabdanya " Katakanlah (امنت باالله شم استقم) iaitu aku beriman dengan Allah kemudian istiqamah."
(Hadis Riwayat Imam Muslim dan Al-Baihaqi)





Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Al-Mustadarak bahawa Saidina Umar Al-Khattab berkata : " Saya amat takut nanti akan terkena akan kamu selepas ketiadaan saya nanti, iaitu akan terjadi nanti seorang lelaki yang tidak berdosa, tiba-tiba ia ditangkap, dicincang dan dilapah bagi unta (dibunuh) tanpa sebab."
Berkata Saidina Ali yang berada di bawah mimbar, " Bilakah perkara itu akan berlaku, ya.. Amirul Mukminin (Saidina Umar Al-Khattab), kenapa amat berat bala itu, apakah sebab nyata keganasan itu, sebab apa ditawan para wanita dan anak-anak, kenapa fitnah dan praok peranda menimpa mereka seperti pengisar menghancur barang yang dikisar dan kapak memecahkan kayu api? "
Jawab Saidina Umar Al-Khattab : " Apabila seorang belajar ilmu agama bukan kerana agama dan bukan untuk beramal dengan ikhlas hati, sebaliknya kerana niat ingin mencari harta dan keduniaan melalui ilmu agama dan amalan akhirat "
*"Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar ma’ruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya adalah sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat adalah sedekah."

(Hadis Riwayat At Tirmizi dan Abu Dzar)

18 June 2010

0 ulasan
Abu Malik at-Ash'ari reported: The Messenger of Allah (may peace be upon him) said: Cleanliness is half of faith and al-Hamdu Liliah (Praise be to Allah) fills the scale, and Subhan Allah (Glory be to Allah) and al-Hamdu Liliah (Praise be to Allah) fill upwhat is between the heavens and the earth, and prayer is a light, and charity is proof (of one's faith) and endurance is a brightness and the Holy Qur'an is a proof on your behalf or against you. All men go out early in the morning and sell themselves, thereby setting themselves free or destroying themselves.
( Hadith Bukhari )   

05 October 2009

Beri salam menerusi SMS, call, iT antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim?

0 ulasan
Tidak salah beri salam malah ianya merupakan syiar Islam dan jauh lebih baik dari menggunakan ucapan-ucapan lain seperti HAI, MORNING, HEI dan lain-lain.


Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Hendakkah kamu, aku tunjuk kan amalan yang boleh menyebabkan kamu masuk syurga, sebarkanlah salam dan bangunlah bersolat ketika orang lain sedang tidur’. (Al-Bukhari)


02 October 2009

BerSaBaR DaRi KesEmPitAn HidUp...

0 ulasan
Abu Said al-Khudri r.a menerangkan bahawasanya segolongan sahabat dari golongan Ansar meminta pemberian daripada Rasulullah lalu baginda memberikannya kepada mereka itu. Kemudian mereka meminta lagi kepada Rasulullah lalu baginda memberikannya pula sehingga habis apa yang ada padanya. Maka bersabdalah nabi: “Harta yang ada pada ku tidaklah sekali-kali aku menyimpannya untuk orang yang lain daripada mu. Sesiapa yang memelihara diri dari meminta-minta nescaya Allah memeliharanya daripada yang haram. Dan sesiapa yang memohon kepada Allah, nescaya Allah memberikan kecukupan kepadanya. Dan sesiapa bersabar menahan penderitaan, nescaya Allah memberikan kepadanya kesabaran. Dan tidak diberikan kepada seseorang sesuatu pemberian yang lebih baik dan luas daripada ‘kesabaran’.”


 
(al-Bukhari dan Muslim)






 
 

Huraian
Islam amat menganjurkan agar kita bersabar dalam menghadapi kesempitan hidup. Jangan membiasakan diri dengan meminta-minta daripada orang lain tanpa berusaha dan berikhtiar dengan jalan yang halal kerana sesungguhnya orang yang gigih berusaha dalam mencari rezeki demi meneruskan kehidupannya di dunia ini dan bersabar dalam menanggung kesusahan nescaya akan dikurniakan Allah rezeki yang banyak.




 
footer