Detik Pemergian mu

Ya Rasulullah

30 September 2009

0 ulasan

kenangan bersama mu tetap kami ingat.....


TEMAN


Bukannya senang nak cari teman yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi teman yang baik .
Teman yang baik tidak pernah mengumpat di belakang teman baiknya.
Teman yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan teman baiknya.
Sebaliknya teman yang baiklah yang paling banyak membantu teman baiknya untuk mencapai kejayaan.


Teman yang baik tak pernah mempengaruhi teman baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.


Teman yang baik adalah orang yang selalu menasihati teman baik nya untuk berbuat kebaikan.


Teman yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.


Teman baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada teman biasa.


Teman yang baik tak pernah memaksa teman baiknya untuk sentiasa berada disisinya.


Teman yang baik tak pernah melarang teman baiknya untuk berkawan dengan teman yang baik .


Teman yang baik tak pernah cemburu jika teman baiknya mempunyai ramai teman baik, kerana teman yang baik tahu apa yang paling baik untuk teman baiknya.


Teman yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan teman baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.


Kita adalah teman yang baik jika kita faham bahawa teman baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah teman yang baik jika kita menjadi teman yang baik kepada teman baik kita.


Kita bukanlah teman yang baik jika kita tidak menghargai teman baik kita, kerana teman yang baik akan sentiasa menghargai teman baiknya.


Kita bukanlah teman yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada teman baik kita, kerana teman yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada teman baiknya.


Teman yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada teman-temannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh teman-temannya supaya dapat menjadi teman yang baik kepada teman baiknya.


Dan kalau kita hendak mendapat teman baik yang baik, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang teman yang baik kepada teman baik kita.
Dan semoga kita menjadi teman baik yang baik!
Kita sahabat kan?
Sahabat selama nya biar jauh d mata tp dekat d hati.....
=)
semoga kemntapan perjuangan teman2 tetap d teruskan sekali pun kita jauh beribu batu...
perjuangan tetap perjuangan....
ukhuwah tetap terjalin...


MuKaDiMaH..

0 ulasan
...Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah, berkat usaha dan kesabaran akhirnya blog ini dapat disiapkan seperti yang dirancang. Semua ini adalah atas bantuan dan sokongan sahabat sekalian, tanpa bantuan sahabat mungkin blog ini tidak dapat disiapkan dengan jayanya...
Tujuan blog ini dibuat adalah sebagai sumber dan ruang rujukan mantan-mantan Pusat Islam dan mengeratkan ukhuwah yang telah terjalin... Blog ini menyiarkan semua maklumat mengenai program dan aktiviti yang dianjurkan dan disertai oleh ahli kelab Alumni Pusat Islam dan Jawatankuasa Pusat Islam... Sahabat juga digalakkan memberi pendapat dan maklum balas terhadap artikel-artikel yang pratontonkan untuk memantapkan lagi blog ini...
semoga blog ini dapat memberikan manfaat kepada semua ahli... saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan dalam menghasilkan blog ini.
Akhir kata, saya mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih
kepada semua yang terlibat dalam menjayakan penubuhan blog ini

...Wassalam...





 
footer