Detik Pemergian mu

Ya Rasulullah

06 July 2010

Daripada Abi ' Amrah Sufyan bin Abdillah r.a. katanya : Aku bertanya :
"Hai Rasulullah, ajarkanlah kepadaku berkenaan Islam perkataan yang tidak perlu aku bertanya seseorang pun selainmu." Sabdanya " Katakanlah (امنت باالله شم استقم) iaitu aku beriman dengan Allah kemudian istiqamah."
(Hadis Riwayat Imam Muslim dan Al-Baihaqi)





Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Al-Mustadarak bahawa Saidina Umar Al-Khattab berkata : " Saya amat takut nanti akan terkena akan kamu selepas ketiadaan saya nanti, iaitu akan terjadi nanti seorang lelaki yang tidak berdosa, tiba-tiba ia ditangkap, dicincang dan dilapah bagi unta (dibunuh) tanpa sebab."
Berkata Saidina Ali yang berada di bawah mimbar, " Bilakah perkara itu akan berlaku, ya.. Amirul Mukminin (Saidina Umar Al-Khattab), kenapa amat berat bala itu, apakah sebab nyata keganasan itu, sebab apa ditawan para wanita dan anak-anak, kenapa fitnah dan praok peranda menimpa mereka seperti pengisar menghancur barang yang dikisar dan kapak memecahkan kayu api? "
Jawab Saidina Umar Al-Khattab : " Apabila seorang belajar ilmu agama bukan kerana agama dan bukan untuk beramal dengan ikhlas hati, sebaliknya kerana niat ingin mencari harta dan keduniaan melalui ilmu agama dan amalan akhirat "
*"Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar ma’ruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya adalah sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat adalah sedekah."

(Hadis Riwayat At Tirmizi dan Abu Dzar)

0 ulasan:

 
footer